Khamis, 27 Januari 2011

manusia berkaki kanan 2..(",)

salam..


   manusia berkaki kanan 2..manusia ad 2 kaki kanan la...plik ke?.xde la..Budak Matang ad baca kt Metro..die nie aksiden..dan korg leh bace kt bwh..

BEIJING: Demi menyelamatkan kaki kiri seorang lelaki yang cedera akibat kemalangan, doktor di sebuah hospital di China mengambil keputusan menjahit kaki berkenaan ke kaki kanannya untuk sementara sebelum mencantumkannya semula tidak lama lagi.

Menurut jurucakap hospital itu, lelaki itu - hanya dikenali sebagai Ma - terbabit dalam kemalangan di tempat kerja dua minggu lalu.
Katanya, insiden itu menyebabkan kaki kiri Ma rosak teruk dan mengalami jangkitan kuman.

“Jika dibiarkan, kemungkinan besar kaki kiri Ma terpaksa dipotong,” katanya.

Bagi menyelamatkan Ma, kata jurucakap itu, pasukan perubatan hospital membuat keputusan radikal - memotong kaki kiri Ma.

Kaki itu kemudian dijahit ke kaki kanan untuk sementara waktu bagi memastikan salur darah serta otot Ma tidak rosak.

“Pembedahan bagi menyambung semula kaki kiri Ma dijangka dibuat dalam tempoh sebulan,” katanya. - TS

sumber: Metro Malaysia, 27 Jan 2011

p/s: jd berhati2lah walao di mana jua korg berada..baik di rumah, jln raya, tempat kerja ataupon semasa berekreasi..salam selamat dari Budak Matang..(",)

0 comments:

Catat Ulasan

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Terbaru dari Budak Matang..(",)