Jumaat, 7 Januari 2011

J-20 Dibangunkan Oleh China tp Diperlekehkan Oleh AS...

salam...

    China pada masa sekarang sedang membangunkan teknologi pertahanan negaranya..teknologi terbaru adalah J-20 iaitu jet pejuang yg boleh menandingi F-22 Raptor AS..

     Dalam Berita Harian hari ini, AS memperlekehkan teknologi baru dari China iaitu J-20..berikut adalah petikan dari akhbar Berita Harian hari ini...

WASHINGTON: Seorang pegawai kanan tentera laut Amerika Syarikat meremehkan kebimbangan berhubung laporan menyatakan China mencapai kemajuan dalam membangunkan jet pejuang siluman tetapi mengakui pihaknya terperanjat dengan kepantasan Beijing membangunkan jet canggih hampir tidak dapat dikesan radar itu.

Bagaimanapun Laksamana Madya David Dorsett, pengarah risikan tentera laut AS, berkata China mungkin perlu beberapa tahun lagi untuk memastikan pesawat siluman itu dapat beroperasi sepenuhnya.


“Usaha membangunkan keupayaan siluman dan kemudian menyepadukan keupayaan itu dengan persekitaran tempur akan mengambil masa yang lama,” kata beliau.

Pesawat siluman memiliki keupayaan untuk menghindari pengesanan secara visual, audio, sensor panas, ataupun gelombang radio (radar).
Penganalisis tentera memberi amaran China juga sedang membangunkan versi baru misil balistik Dongfeng 21 (DF-21D) yang boleh menembus pertahanan mana-mana kapal tentera laut AS dan mempunyai jarak sasaran menjangkaui perairan China.

“Sebelum ini kita memandang ringan keupayaan China membangunkan senjata teknologi tinggi seperti itu,” Dorsett memberitahu wartawan.

Namun beliau berkata China belum lagi mempunyai kecekapan dalam beroperasi dalam persekitaran tempur yang sofistikated dan masih lagi menjadi tanda tanya ke upayaannya melancarkan senjata teknologi tinggi yang dimilikinya itu.

“Saya akui mereka akan memiliki sistem senjata itu tetapi apakah mereka mempunyai kemahiran dalam menggunakannya,” kata Dorsett.

Ketua risikan tentera laut AS itu berkata beliau lebih bimbang mengenai kegiatan China dalam perang siber dan usahanya meningkatkan keupayaan di angkasa lepas.


Budak Matang mmg minat psal jet2 nie..tp kalao korg tengok kepada kesungguhan China membangunkan senjata baru, tidak mustahil China akan menjadi kuasa besar dunia kelak..

0 comments:

Catat Ulasan

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Terbaru dari Budak Matang..(",)