Budak Matang dok kekurangan idea untuk tulis entry baru...masa dok kurang nie Budak Matang duk la saje mengadap tenet...tup2 dpt satu idea...jd Budak Matang intai2 la dlm tenet..
Ape yg Budak Matang jmpe nie nk kongsi la ngam korg sume...kita sbgai sorg pemandu perlulah mengetahui sedikit sebanyak tentang penjagaan kenderaan...bukan setakat nampak bersih, berkilat dan sebagainya..tp perlulah selamat untuk dipandu..
Biasanya lelaki yg lbh "pro" tentang perkara nie..(wanita jgn mrh erk..hehehe)...tp wanita perlulah tahu sedikit sebanyak krna perkara nie penting untuk jga keselamatan korg sndiri...
Kt sini Budak Matang senaraikan 5 perkara asas yg perlu korg sume ambil perhatian..
Memeriksa mentol signal berfungsi atau tidak..Macam mana hendak tahu mentol signal sudah xberfungsi? Bila di pasang indicator, biasa tanda atau isyarat itu berkelip-kelip dengan pantas...jd perlulah korg tukar krn lmpu isyarat nie penting untuk memberitahu pemandu lain tindakan anda agar mereka lbh bersedia..begitu juga dgn lampu brek..
Memeriksa minyak brek..Tabung minyak brek, yang terletak dalam kompartment enjin, ada 2 paras.Satu paras bawah dan satu lagi paras atas. Sebaik-baiknya, paras minyak brek hendaklah sampai ke paras atas. Sekiranya kurang, isi dengan minyak spare atau tambahan.
Menguji kerosakan brek..Brek kereta boleh mengalami kerosakan dari semasa ke semasa. Kadang-kala brek kereta di katakan “lari ke tepi” apabila di tekan...Ada kalanya, bila brek di tekan, kita dapati ia turun sampai ke bawah, ke paras lantai...jd hantar la kt makenik tuk diperbaiki...
Sentiasa memeriksa minyak hitam atau minyak enjin.. Kekurangan minyak ini boleh merosakkan enjin kereta anda...jd perlu lah ditambah...dan kalao dh cukup "usia" minyak hitam tu korg pegi la tukar ye...hehe
Memeriksa tayar kenderaan..ad 3 "part" yg korg perlu ambil perhatian...pertama..Tekanan atau “pressure”...Tekanan bererti berapa banyak angin di dalam tayar. Biasanya, di cadangkan isi 26 psi (pound per square inch) tayar depan. Juga untuk tayar belakang, 26 psi di cadangkan...kedua..Balancing atau imbangan..Tayar yang tidak seimbang, akan goyang atau gegar. Ini akibatkan steering kurang stabil. Sukar untuk di kawal...ketiga...Penjajaran.. Tayar hendaklah turun ke tanah dengan sejajar. Kalaunya tidak, tayar akan "makan" sebelah...
p/s: nie adalah tips ringkas yg perlu korg tahu sebagai sorg driver..hehe..selamat beramal...
0 comments:
Catat Ulasan